Monday, March 21, 2016

Kuih Nagasari

Kuih nagasari...kuah traditional yg jarang jugak nak jumpa orang buat jualan. Rasa dia lemak, dan sedap gitew. Nak buatnya takde la susah mana cuma yang lecehnya nak cari daun pisang tu....pokok kat surau blum membiak dengan jayanya lagi dan entah pisang apa yg tak pasti kesesuaiannya untuk digunakan.....hahahaha....alasan tak ble blah....okay la tu....tak buat dapat makan juga.....camna tu erkkk..... 

Kisahnya begini.... Balik kampung aritu tengok pisang abu masak banyak....bersikat2. Dok fikir juga nak buat apa....sayang kalau dibiarkan busuk. Last2 kakak ipar offer nak buat nagasari....jadi kesimpulannya kuih ni bukan saya yang masak....tapi kakak ipar yang yang buat dari A-Z. Saya tolong ambil gambar, pos kat sini dan pertolongan paling besar yang saya buat ialah...tolong peghabihkan kuih tersebut.....kikiki....

Kuih Nagasari @ ZLC

BAHAN-BAHANNYA :

1 cawan tepung beras
5 cawan santan
2 camca besar penuh tepung jagung
2 camca besar rata gula
1/2 camca teh garam
Pisang raja secukupnya - dibelah 2 (kali ni guna pisang abu jer)
Daun pisang yang dilayurkan secukupnya 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan tepung jagung, kacau rata dengan whisk hingga rata. Tapis bancuhan tadi ke dalam periuk. Kacau tanpa henti atas api sederhana hingga pekat dan kental. Kemudian matikan api. Biar suam.
  2. Ambil daun pisang yang telah dilayur dan potong pada saiz sesuai. Letak 1 1/2 camca besar adunan tepung, ratakan. Letak 1/2 bahagian pisang. Letak sedikit lagi adunan tepung atas pisang dan kemaskan. Balut seperti membungkus lepat pisang atau balut la pesen mana pun janji berbalut dan adunan tak terkeluar. Buat hingga siap
  3. Kukus atas air menggelegak selama 30 minit atau hingga masak. Biar kuih sejuk sepenuhnya sebelum dihidangkan sebab kalau makan time panas nanti mulut melecur dan kuih ni lembik skit bila baru lepas kukus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...