Monday, March 14, 2016

Pecel pari dan terung bakar


Menu tengahari weekend lepas. Baru sempat update. Bz skit layan tetamu cuti sekolah.

Sesekali layan selera anak2. Masakkan lauk ketam nih. Ketam ni saya beli kat pasar nelayan. Memang betul2 segar. Masa beli tu kitorang pegi ke bot, nelayan tu baru nak asingkan ketam yang tersangkut kat jaring. Best betul.....walau pun harga tak murah mana tapi confirm takde pengawet mayat. Anak saya bertuah dapat ketam kulit lembut, ketam yang baru salin kulit. Biasa jual ketam kulit lembut ni mahal sangat. Tapi yang ni dia pukul rata jer harga...ikut gred/saiz ketam. Gambar kat bawah ni bot nelayan yg tangkap ketam....masa ni diorg tengah keluarkan ketam dari jaring...saya minta pilih ketam yg saiz besar sikit...hihihi..best



Pecel pari dan terung @ ZLC
Masakan hubbyku sayang

3 biji terung dibakar hingga lembut
3 keping ikan pari (bersihkan dn lumur serbuk kunyit dan garam) di bakar (sedap kalau bakar guna arang)
3 cawan santan (perah kelapa dengan air masak)
Garam secukup rasa

bahan tumbuk

cili padi - ikut nak pedas mana
segengam ubi cekur
Sejemput ikan bilis

Kukus bahan tumbuk dalam nasi (tengah masak) yg dah kering airnya @ goreng tanpa minyak.

Tumbuk lumat dan satukan dengan santan + garam dan tuang dalam bekas yg telah diletakkan pari tadi



Ketam kali ni saya masak masak paling sempoi. Dah siap basuh saya goreng tanpa garam atau serbuk kunyit.....orang kata goreng bodo2 jer....hihihi. Rasa masin manis asli dari ketam fresh. Hubby sampai tanya goreng guna minyak bekas goreng apa. Saya cakap goreng minyak baru....memang dah secukup rasa, tak perlu tambah apa2.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...