Thursday, March 10, 2016

Stir fried beef with chinese leeks (Daging goreng dengan leek)

Menu ringkas untuk anakanda yang kena pantang makan ikan, seafood buat sementara waktu.


Stir fried beef with chinese leeks (Daging goreng dengan leek)

1/2 kg daging ros - hiris nipis
3 pokok leek - potong 2 inci
3 ulas bawang merah ros hiris
5 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
2 biji cili hijau - hiris
2 sb sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Masukkan daging hiris ke dalam kuali. Tumis tanpa minyak sehingga daging berubah warna dan keluar airnya. Biarkan seketika hingga airnya kering. (Masukkan sedikit air jika daging belum empuk). Kacau sekali-sekala supaya tidak hangus.

Tuangkan minyak. Kacau sebati. Masukkan bawang ros. Dan tumis hingga naik bau. Masukkan cili, halia dan bawang putih. Tumiskan lagi hingga terbit baunya. Kacau rata.

Tuangkan sos tiram. Gaul sebati. Kemudian masukkan pula leek. Kacau sebati dan masak hingga leek layu. Sebelum angkat perisakan dengan garam secukup rasa. Hidangkan bersama nasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...