ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Monday, March 30, 2020
Kuih kayu keramat
Minum petang. Kesian hari ni ummi tak masak dari pagi....diorg makan roti dan panaskan lauk semalam yang ayah masak tu jer. Dah petang baru start masak utk makan malam dan minum perang.
Petang ni buatkan kuih terengganu .kayu keramat. Anak nak kuah kastard hijau yang selalu makan dengan cakoi tu tapi ummi malas nak buat. Makan la gitu jer wahai anak2 ku.
Resepi ni saya ambil dari perkongsian rakan2 FB sana. Jom #masaksendiri musim #RMO ni okey...
Kuih Kayu Keramat
500 gm tepung gandum
5 gm yis
1/2 sk baking soda (oprional)
2 sb gula
1 sb marjerin
2 sb susu pekat
1 biji telur
1 sk garam
1 cawan
Gaulkan semua bahan-bahan diatas kecuali air..bila dah gaul rata, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh macam donat.. rehatkan sekejap lebih kurang 1/2 jam.
Sapukan tangan dgn sedikit minyak.. ambil sedikit adunan,tarik memanjang.
Goreng dgn api yg sederhana... bila dah perang.. boleh angkat dan toskan.
#kayukeramat
#kuihmelayu
#kuihterengganu
#foodie
#foodielover
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment