ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Monday, March 30, 2020
Biskut Oat Crunchy
Kudapan anak2.....biskut cranberry dah habis. Nampak Asyila Francis post kat fb biskut oat ni jadi try la buat. Saya ada buat pengubahsuaian sedikit...letak baking powder dan soft brown sugar. Memang sedap kulisni...ringan dan rangup. Tak perlu ada gadget....guna senduk pun boleh buat biskut rangup dan sedap ni....
RESEPI BISKUT OAT CRUNCHY
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sb tepung jagung
1 cawan mentega/margerin
3/4 gula perang (soft brown sugar)
3 cawan oat
1 biji telur gred C
1 sk baking powder
1 sk baking soda
1 sk esen vanila
1/2 cawan choc chips
Satukan mentega dan gula. Gaul rata menggunakan senduk. Masukkan telur. Gaul sebati. Masukkan esen. Gaul sebati.
Ayak tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan baking soda. Masukkan oat. Gaul rata. Masukkan ke dalam adunan mentega. Gaul sebati. Akhir sekali masukkan chip coklat. Gaul rata. Siap doh. Ambil sedikit dan bulatkan. Leperkan sedikit dan susun atas loyang.
Bakar pada suhu 180 celcius selama 25-30 minit bergantung kepada oven masing2.
#biskutoatrangup
#crunchyoatcookies
#cookies
#masaksendiri
#foodporn
#foodielover
#foodpic
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment