ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Monday, March 30, 2020
Kek batik indulgence
RESEPI KEK BATIK INDULGENCE CHEESE BAKE VIRAL
2 paket (600 gm) biskut marie
250 gm memtega
1 cawan milo
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan susu pekat brsmaan satu tin
1/2 tin susu cair atau gune susu segar 3/4 cawan
4 biji telur
*Cara2*
Cairkan mentega
Matikan api dan masukkan serbuk milo dgn serbuk koko, kacau.
Masuk susu pekat, susu cair atau susu segar.
Masukkan telur dan kacau hingga sebati.
Masakkan sampai pekat dengan api kecil.
Masukkan biskut merry dan gaul laju2..
Ambil 2 loyang saiz 6 inci yg boleh buka kat bawah. Bahagi 2 biskut masukkan dalam loyang dan padat2kan. Ketepikan. Sediakan lapisan cheese.
Cheese Bake
500g cream cheese
150g gula halus
4biji telur
Pukul semua bahan menggunakan moxer hingga sebati.
Bahagi dua dan tuang atas kek batik tadi ratakan.
Panas oven suhu 170api atas sahaja. Bakar masa 20 mnit atau brgantung pada oven masing2. Selepas 20 mnit boleh cek sentuh guna jari kalau dh xmelekat kat jari masak la tu.
Keluarkan dari oven dan ketepikan.
Ganache coklat
300 gm dark compound atau milk compound
200 ml whipping dairy
2 sb mentega
Satukan dan masak guna kaedah double boil
2sb gelatin halal atau 1 sk serbuk agar2
1/4 cawan air panas
satukan sampai larut dan tuang dalam ganache tadi dan kacau sebati.
Tuang ke atas lapisan cheese tadi dan sejukkan semalaman
Sisip tepi2 dgn pisau yg dh celup air panas dan lap.
Keluarkan dan potong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment