Thursday, September 1, 2016

Spaghetti Carbonara Klasik


Sarapan pagi dengan pasta atas permintaan anak2. Ikutkan diorang nak bolognese tapi stok tomato takde. Jadi saya buatkan classic carbonara ni ajer. Carbonara ni ada yg creamy style dan ada yg letak telur yg macam yg saya buat ni. Kalau ada beef bacon sedap...tapi saya ada sosej jer....jadi itu perencah spaggethi carbonara saya nih...


Spaghetti carbonara klasik yg resepinya saya intai dari Allrecipes.com ni kaya dengan sosej dan telur, sedap dan mudah disediakan. Sesuai untuk sarapan dan hidangan makan malam.

Spaghetti carbonara

500 gm spaghetti
1 sb minyak zaiton
8 keping bacon lembu @ 5 batang sosej - cincang
3 sb minyak zaiton
1 biji bawang besar dicincang
1 ulas bawang putih dicincang
4 biji telur
1/2 cawan  parutan Parmesan cheese
Garam dab serbuk lada hitam secukup rasa
2 sb parsley segar cincang (saya guna yg kering)
2 sb parutan Parmesan cheese

Cara2nya

Rebus spaghetti dengan garam secukup rasa hingga lembut. Toskan dan gaul dengan 1 sb minyak zaiton, ketepikan.

Sementara merebus, masakkan bacon/sosej hingga sedikit garing,angkat dan ketepikan. (Tak perlu guna minyak sebab bacon ada lemak). Masukkan 3 sb minyak zaiton ke dalam kuali.

Masukkan bawang dan tumis hingga bawang layu. Masukkan bawang putih dan tumiskan seketika hingga terbit bau. Masukkan bacon/sosej tadi serta spaghetti yg telah ditos. Gaul sebati, tambah minyak zaiton jika pasta kelihatan kering atau pun melekat antara satu sama lain. Seterusnya masukkan telur yang telah dipukul sebati. Dan kacau rata hingga telur masak. Segera masukkan 1/2 cawan keju dan gaul sebati. Perisakan dengan garam dan lada hitam secukupnya. (Bacom dan keju serta spaghetti mempunyai rasa masin, jadi berhati2 ketika memasukkan garam, jgn berlebihan).

Pindahkan ke dalam mangkuk hidangan. Taburkan pasrsley dan baki keju.


Untuk menyediakan carbonara berkrim boleh rujuk resepi daripada taste.com di bawah.

Creamy carbonara

500 gm fettuccine pasta
1 tablespoon olive oil
80g butter
1 large onion, finely chopped
250g shredded beef bacon
200g fresh button mushrooms, sliced
300ml pure cream
1 cup grated tasty cheese
Salt and pepper to taste

Cook pasta in a large saucepan of salted boiling water according to packet instructions. Drain well.

Meanwhile, heat a large frypan over high heat. Add oil, butter, onion, bacon and mushrooms. Cook, stirring for 5 minutes or until bacon is crisp and mushroom is tender.

Add cream. Bring to the boil. Simmer 2 minutes or until slightly thickened. Add pasta and cheese to pan. Stir through sauce until heated through. Season with salt and pepper.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...