Sunday, September 4, 2016

Biji cempedak rebus, makanan nostalgia zaman kanak2


Buah cempedak beli dipekan,
harum semerbak tak sabar jadinya,
bukan isinya saja sedap dimakan,
bijinya direbus enak rasanya.

Terbepantun pulak malam ni. Sesekali ada musim layan biji cempedak rebus memang sedap. Teringat zaman kecik2 kat kampung...isinya dimakan gitu jer atau digoreng atau dibuat kuih muih, bijinya pulak dikumpul dan direbus empuk dan ditambah garam dan gula secukupnya.

Rasanya ala2 buah berangan cuma bila makan terlalu banyak akan tinggal getahnya di lelangit.....😃😃😃 dan perut pun mula la kembung kalau tak tahan dengan buah ni. Satu lagi selain dimakan terus biji yang direbus boleh juga dimasukkan ke dalam masakan gulai tempoyak ikan.....perghhhh......terliur sudah bila teringatkan gulai tempoyak opah saudara....saya akan kutip biji cempedak dalam gulai tu. Selain gulai tempoyak ada juga yang buat masak lemak cili padi, masakkan dengan sardin menggantikan kentang....pendek kata macam2 masakan boleh di masukkan biji cempedak ni.

Untungnya beli buah ni, selain isi dan bijinya yang sedap dimakan, kulitnya juga boleh diproses dan dijeruk menjadi sejenis hidangan yang dikenali sebagai mandai.

Bestkan...beli sebiji boleh buat macam2 dari kulit, isi dan bijinya. Sisa, empulur, dan lain2 tu jadikan baja kompos untuk tumbuh2an....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...