Tuesday, September 6, 2016

Cucur lagi....tapi kalini cucur durian pulak yer


Musim2 durian ni macam2 menu kuar berasaskan durian atau berperisa durian. Selain durian, isi cempedak juga sesuai digunakan. Sedap dan harumnya semerbak. Buat hidangan sarapan pagi ringkas atau minum petang dikala hujan renyai2 sambil minum kopi O pun sodap.

Masa kecik2 dulu kalau dapat durian sikit, nak buat kuah tak cukup jadi kitorang buatkan cucur ni....puas la makan.

 Cucur Durian

Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sk baking soda (nak guna baking powder pun boleh)
Gula secukup rasa
1/2 cawan isi durian - lecek (kalau nak bubuh lebih skit pun ok)
1 cawan air atau secukupnya
Secubit garam

Minyak untuk menggoreng

Cara cara
Satukan semua bahan dan kacau rata. 
Panaskan minyak dan sudukan atau jemputkan adunan. Goreng hingga keperangan dengan api sederhana. Angkat dan toskan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...