Saturday, September 10, 2016

KEK MARBLE BADAM ROSE


Projek malam tadi sebelum balik kg. Bakingkan 2 jenis kek untuk kakak dan bawak balik kampung sikit. Resepi kek yang saya intai dari dapur inahar's cooking time ni saya olah sedikit jumlah tepungnya. Saya lebihkan 15 gm. Kejadiaannya, gebu, lembut. Manis pun ok.

Lama saya perap resepi ni kat draft blog. Malam tadi geledah, jumpa balik dan terus adun. Nama asalnya agak panjang....ķek marble warna-warni badam ros nostalgia....saya pendekkan jadi kek marble badam rose jer.


KEK MARBLE BADAM ROSE

Bahan-bahan: ( saiz loyang 6 inci) 

250gm mentega

150 gm gula castor
4 biji telur saiz A
60 gm badam kisar
160 gm tepung naik sendiri (boleh guna tepung gamdum campur 1 sk baking powder)
2 susu makan susu pekat manis 
1 1/2 sudu teh esen rose 
sedikit pewarna merah, kuning dan hijau

Cara-cara: 

Pukul mentega dan gula hingga gebu. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen rose dan susu pekat. Pukul adunan hingga rata. Masukkan badam kisar dan tepung, gaul rata. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan satu bahagian dgn hijau, satu bahagian dgn merah dan satu bahagian kuning. 

Sediakan loyang yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek. Sendukkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli bertindih untuk membentuk corak marble. Bakar pada kepanasan 170 degree celcius selama 45 - 50 minit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...