Tuesday, September 20, 2016

Memasak dalam gelap, pengalaman berharga dilupa jangan


Korang pernah masak dalam gelap....masak untuk 100 orang makan. Masak dalam keadaan serba kekurangan dan dalam masa yang sama berharap masakan tu memberi nikmat dan kepuasan pada 100 orang yang memakannya.

Menerima dan menyanggupi amanah dan impian untuk menjamu sesuatu yang baru, sesuatu yang penuh kelazatan dan nikmat merupakan cabaran buat saya dan team (hubby, kak g dan kak inna) yang terbang ke Kawasan Pendalaman di Kota Belut pada minggu lepas. Selain melaksanakan ibadah korban untuk kariah surau dan lain2 yang mengambil bahagian, kami juga menyampaikan sumbangan wakaf pakaian solat kepada golongan yang memerlukan anjuran surau dengan kerjasama UiTM.





Sesampai di Madrasah Al Fateh, Kota Belut selepas memandu hampir 2 jam kami disambut dengan kabaran barangan yang dipesan utk menu nasi arab dan sup pekat tak lengkap....ah sudah. Saya paling risau kalau masak bahannya tidak sempurna sebab takut tak sedap hasilnya. Tapi dah sampai ke situ....tawakkal aje lah...dengan izin Allah sedaplah dia nanti.

Setelah berehat seketika, kami pun dibawa ke homestay untuk mandi manda dan meluruskan kaki barang sejam dua sebelum memulakan operasi memasak nasi arab. Hehhehehe...seram tau....nak masak kat tempat/dapur orang yang bukan sedara atau kenalan. Macam2 fikir kat kepala ni. Dah la bahannya ada yang tak ada. Peralatan belum intai lagi tadi.

Sepatutnya proses memasak ni mula pukul 5, tapi dah terlajak ke pukul 6 sebab dalam perjalanan boleh pulak la singgah amik gambar tepi2 jalan...gambar berlatarkan sawah padi dan gunung kinabalu....sabo je la...πŸ˜‰.

Proses terakhir memasak briyani arab. Lauk di dasar, nasi yang dah 3/4 masak diletakkan di atas.

Bila sampai ustaz ingat kitrang sesat ke mana entah...cari madrasah tak jumpa2......rupanya sesat dalam keindahan bumi Kota Belut. Turun keta kami berempat terus ke dapur....rasa bersalah pun ada juga. Bersalah sebab tak tepati masa. Buatnya tak sempat org nak makan lepas isyak. Lupa pulak waktu kat sini awal sejam. Isyak pukul 7 lebih dah masuk.....adoiiii.

Masuk dapur terkejut kejap.....camni jer dapur dia...pandang kiri kanan...depan belakang...ermmm...takpa...teruskan, sempurnakan impian dan amanah. Tawakkal. Masa tu kerja2 mengupas dan memotong sedang dibuat oleh beberapa orang wanita tempatan. Tulang untuk sup pun dah mula ditenggek atas dapur. Saya minta semua bahan yang diperlukan (dan yang ada). Nak mula sediakan nasi briyani arab seperti yang dijanjikan.



Masa tu dimaklumkan periuk...peralatannya terhad...mata melilau sambil kepala deras berfikir nak selesaikan masalah. Dapur tu takde kemudahan sinki rupanya....nak membasuh...mengambil air kena guna paip tempat pelajar mengambil wuduk di luar. Gajet2 memasak pun serba kekurangan. Periuk besar takde utk memasak lauk bersama 10 kg beras. Cabaran betul nih..... Dapur gasnya pun kecil jer...risaunya hati...sempat ke diorg nak makan lepas isyak.

Bergelap sudah....hahhaha.....jangan rentung sudah.


Tak lama lepas merebus daging briyani dalam kawah tetiba bekalan lektrik terputus....ah sudah. Bekalan pulih setelah kerja2 memasak hampir selesai. Alhamdulillah dikurniakan Allah ilmu memasak nasi atas dapur gas....kalau tidak mau nangis... Berbekalkan lampu hp dan torchlight kak inna (sebab diorang takde lilin atau pelita) kerja2 memasak diteruskan. Rezeki Allah, pihak madrasah ada pulak grinder manual, gajet tu la digunakan untuk menyediakan sambal salsa...(sambal yang tak lengkap sebab takde daun ketumbar macam selalu....tapi Alhamdulillah diorg kata sedap sambal salsa tomato tu). Bukan tak boleh guna lesung tapi lesung pun takde kat situ.

Nasi dah masak....bekalan letrik pun dah pulih....

Macam2 cabaran memasak di sini. Beras kami rebus dalam kawah sebab takde periuk. Asalnya nak guna periuk elektrik besar cuma kena buat 2 round.....tapi bekalan letrik terputus pulak. Bila dah direbus, penapis tak ada dan bekas untuk pindahkan nasi yang dah 3/4 masak tu pun tak ada....sudahnya guna jer talam ke apa entah. Proses terakhir kami kena masak dalam dua periuk kendi. Sup tulang yang sebelum tu guna periuk tu kami pindahkan dalam periuk eletrik dan satu bekas lain.

Gaul dalam kawah. Beras yang digunakan bukan basmathi pusa macam yang biasa saya gunakan sebab kat sini takde dijual katanya.
Kat bahagian atas madrasah kedengaran hadirin sedang bersolat isyak.....berpeluh2 saya dibuatnya....bukan sebab masak dalam panas tapi sebab risau hadirin menunggu lama untuk makanan siap. Alhamdulillah, usai solat isyak selepas sesi forum agama, seperiuk nasi dah masak. Memandangkan periuk kendi tu kecil, sukar nak menggaul, saya minta diorg tuangkan ke dalam kawah. Tukang masak madrasah dan beberapa penduduk kampung yang membantu didapur tak sabar nak mencuba. Komen positif kami terima....lega....hilang penat terbit ceria. Terima kasih kerana izin dan pertolongan yang Maha Esa...




Pengalaman ini sesuatu yang sangat berharga buat kami berempat. Cabaran hebat bagi saya sendiri yang terbiasa memasak dengan kelengkapan serba ada. Melihat wajah2 ceria mereka ketika menikmati masakan tersebut (walaupun hakikatnya tak sempurna) rasa sayu pun ada dan buat saya berjanji jika ada rezeki saya akan ke sini lagi menjengok mereka.

***Kepada pelawat blog ini, kalau berminat nak hulurkan sumbangan untuk pembangunan madrasah atau nak agihkan kepada golongan asnaf serta saudara baru di sini, boleh hubungi pengasas Madrasah Al Fateh Kota Belut, Sabah, Ustaz Husni (019-2738581). Selain menjadi pengasas madrasah ni, Ustaz husni juga ada 3 lagi pusat tahfiz Mutqan di Semenanjung termasuk satu di surau Ar Raihan, Impian 7  di Setia Alam.

Paip air yang digunakan untuk berwuduk dan memasak. Hepi jer diorang ni walaupun hidup serba kekurangan. Yg biru tu tong2 bekalan air, kat sini selain bekalan elektrik kerap terputus, bekalan air pun sama. Jadi mana2 pegi kat sekitar daerah ni akan kelihatan beberapa tong air ni kat rumah2 penduduk.



Inilah hasilnya.....tiada daun ketumbar yang menaikkan aroma, daun pudina pun sikit jer dapat bawak dari semenanjung sebab ustaz maklum bahan2 tu tak ada dah lewat malam sebelum bertolak ke sana. Dayn pudina dalam pasu yang ditanam depan rumah hubby petik subuh kitab sebelum bergerak ke airport.....ada segenggam jer dapat...untuk 10 kg beras memang tak cukup

Nak nampak menarik saya taburkan ajer daun bawang lebihan sup pekat.... daun bawang kat sini besar2...lubangnya tu boleh sarung ke jari.

🐐Lamb Beryani Arabic Style🐐

Pertama kali dalam sejarah saya masak nasi arab guna daging lembu. Selama ni guna ayam atau kambing jer. Atas permintaan, saya masakkan briyani daging lembu (korban) untuk Pelajar Madrasah  Al fateh dan penduduk kampung yang menghadiri majlis ilmu malam tu. Alhamdulillah, Allah tentukan untuk saya memilih resepi Briyani arab yg dikongsi lydia honey untuk disediakan disini. Kalau nasi2 yang lain mungkin agak payah nak pastikan nasinya masak elok sempurna. Briyani arab ni nasinya dah direbus 3/4 masak sebelum dimasak kembali bersama lauknya. Jadi risiko nasi mentah atau masak tak rata, kurang. Dalam keadaan dapur gas yang apinya tak cukup besar tu untuk masak nasi 10 kg memang akan timbul masalah sikit tapi ketentuan Allah adalah yang terbaik, menu yang dipilih sesuai dengan peralatan yang ada.

Nasi🍚
4 cawan basmathi- cuci bersih tak yah rendam
1-2 helai daun bay
2-3 biji buah pelaga

Sebatang kulit kayu manis
2-3 sudu besar garam
Air yang banyak untuk merebus beras

RebusπŸ”ͺ🐐
1/4 bahagian lamb (Saya ganti dengan daging lembu)
2 ulas Bawang putih- belah 2
1 labu Bawang besar- belah 4
2-3 helai daun bay*
Sebatang kayu manis*
5-6 biji buah pelaga*
5-6 kuntum bunga cengkih*
1/4 camt serbuk halia *
Air secukupnya

🍟4-5 biji Kentang kecil

1/2 sudu teh rose water
Sedikit pewarna kuning
2-3 tangkai/ batang daun pudina
2-3 tangkai/ batang daun ketumbar
Gajus atau badam

Bahan tumis beryaniπŸƒ
2 labu bawang besar dimayang nipis
2 ulas bawang putih -ditumbuk lumat
1 batang kulit kayu manis
2 biji Cili ijau fresh- jgn dipotong
Garam secukup rasa
1/4 sudu teh Lada hitam
1/4 sudu teh halia powder
2-3 biji fresh tomato- buang kulit, dadu kasar
1-2 biji capsicum hijau- dadu kasar
1/4 sudu teh serbuk pelaga
Gajus/ almonds jika suka
1/2 sudu teh arab mix spices
1/4 sudu teh kunyit powder
1/2 sudu teh masala curry powder tin hijau cap kapal.
1/4 cawan Minyak/ ghee untuk menumis( guna minyak sepenuhnya

STEP 1🐐
Bersihkan lamb, masukkan ke dalam pressure cooker dan rebuskan bersama bahan bertanda* sehingga empuk dan airnya tinggal sikit dalam secawan hampir kering.
Bila dah empuk, tapiskan serta asingkan lamb dari stock.

STEP 2🐐
Goreng kentang kecik sebijik2 sehingga golden brown sementara menunggu lamb empuk. Kalau tak de kentang kecik comel kentang biasa besar pon ok tapi potong bulat tebal dalam 1/2 inci.

STEP 3🐐
Dalam periuk besar, panaskan minyak/ ghee, gorengkan lamb tadi sehingga brown di kedua bahagian, angkat dan ketepikan sementara.
Dengan minyak yang sama, sautΓ© bawang besar sehingga light golden brown.
Masukkan bawng putih, kulit kayu manis tumis sehingga berbau harum dan masukkan fresh tomato.
Teruskan masak/ sautΓ© sehingga tomato hancur.
Masukkan capsicum, cili ijau, coriander powder, lada hitam powder, arab mix spice, kunyit powder, masala curry powder, halia powder, gajus dan garam secukup rasa.
Kacau sebati, masukkan kentang goreng dan lamb.
Kacau sedikit supaya bersalut pada lamb, masukkan secawan stock lamb tadi, tutupkan periuk dan renehkan menggunakan api perlahan sehingga kering dan hampir pecah minyak.

STEP 4🐐
Sementara menunggu lamb kering anda boleh terus buat step ni.
Dalam periuk lain, panaskan air sehingga mengelegak (air banyak macam nk rebus pasta), masukkan garam dan tunggu sehingga air boiling sekali lagi dan masukkan sehelai daun bay dan cardamom pods serta kulit kayu manis.
Masukkan basmathi rebuslah beras sehingga 3/4 masak.

Bila beras dah 3/4 masak jadi double saiz, off kan api, tapiskan airnya dan terus masukkan ke dalam periuk yang ada lamb.
Perlahankan api sekecil yang mungkin.
Tuangkan 1/4 cawan air panas serata permukaan nasi.
Campurkan pewarna kuning , rose water bersama 2 sudu besar air dan siramkan ditengah2 periuk atau pon buat tompok2, jangan dikacau, biarkan jer.
Masukkan daun pudina dan daun ketumbar..letak setangkai2 kat atas tu ok.
Ambil aluminium foil cover kemas periuk, tutupkan dengan penutup periuk dan tanaklah sehingga nasik masak selenuhnya dalam 10-15 minits.
Bila dah off api biarkan 2-5 minit baru buka penutupnya, ke.uarkan daun kat atas tu dan telangkupkan ke dalam dulang@ pinggan hidangan anda.
Selamat mencuba.
Sesuai dihidangkan dengan maraq vegetable, salad dan timun yogurt.

Timun with yogurt.🍡
1 cawan plain yogurt
1-2 biji Japanese cucumber/ timun biasa pakai 1@1/2 jer kalau besar-parut kasar guna pemarut.
Garam secukup rasa.
A pinch of dried mints.
Campur semua bahan dalam mangkok dan kacau sehingga sebati.
Sejukkan sebentar dalam peti sejuk baru hidang ngan nasi.

NOTE:-✏️πŸ“
Masa tanak nasik tu lydia boh alas khas bawah periuk tu supaya nasik tak hangus dan masak cantik. Pengalas tu memang ada jual kat sini look like tudung periuk leper tapi ada lubang2 kecil.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...