Saturday, September 10, 2016

Kek Mentega Pandan Cappucino


Projek membakar dua jenis kek mentega yang resepinya saya olah dari sumber Surianti Ramli. Kek ni kejadiannya lembut...gebu. sedap juga dengan kombinasi cappucino dan pandan.

Saya buat dua adunan. Nak bawak balik sikit untuk bekal perjalanan dan selebihnya kakak tempah untuk hidangan raya.


Kek Mentega Pandan Cappucino

Bahan2

225 gram mentega
225 gram gula (boleh kurangkan kepada 200 gm)
225 gram tepung superfine (saya guna tepung gandum)
1 sk baking powder
4 biji telur saiz A
3 sudu makan susu cair/segar
2 sudu makan pandan paste (+ pewarna hijau)
2 sudu makan cappucino emulco
sedikit esen vanila

Cara2 :

Pukul mentega dan gula hingga berubah warnanya menjadi pucat.
Tambah telur sebiji demi sebiji.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder berselang-seli dgn susu.
Bahagikan kpd 2 bahagian iaitu pandan dan cappucino.
Sudukan adunan ke dlm loyang bersaiz 8 x 8 berselang seli secara bertindih. Buat hingga selesai.
Bakar dlm oven bersuhu 170° celsius selama 45 minit (ikut oven masing2).
Pastikan kek dah agak renggang dr loyang sebelum diterbalikkan ke atas rak.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...