Monday, September 19, 2016

Ikan talang tumis daun limau purut


Hari minggu baru ni, masak ikan talang yang dibeli di pasar sg yu. Kalau kebiasaànnya ikan talang ni lebih sinonim dengan ikan masin...dan rata2 orang tak pernah makan ikan talang fresh.

Hakikatnya, ikan talang fresh ni sangat sedap, isinya lemak dan yg saya beli ni isinya lembut. Ikut kata hubby, masa diorg berkursus di pulau pangkor, ikan talang ni jadi menu utama dalam hidangan makan tengahari dan makan malam mereka. Diorg masak kari, masak kicap....macam2 masakan boleh.

Saya pilih untuk masak tumis bersama daun limau purut....sedap. Resepi yang dikongsi oleh kak azie....salah seorang peniaga di pasar sg yu tu.... Kak azie ni ramah orangnya...dan bermurah hati share resepi2 masakan yang sedap2.... Nama masakan tu saya cipta sendiri sebab kak azie pun tak tau nak letak nama apa...😃😃😃.

Kak azie....nampak cam garang jer....tapi sebenarnya ramah.....meriah pasar tu kalau ada kak azie.

Saya selalu ditanya di mana saya belajar memasak. Jujurnya saya belum berkemampuan menghadiri kelas2 formal yg disediakan.... Kebanyakan ilmu masakan saya peroleh dari pemerhatian, group masakan, encik google, daripada kawan2 dan melalui sembang2.......

Kalau ke pasar, ada spesis ikan yang saya tak pernah masak atau rasa, saya akan tanya si penjual macam kak azie ni.....masakan apa yg sesuai....rezeki baik boleh dapat resepi baru yang super licious. Sukatan bahan tu kena la adjust sendiri....dan ada yang nama resepi kena cipta jugaklah....😉😉.

Kalau beli sayur pun sama...tanya orang jual tu macam mana rasa dia dan cara nak masak.


Ikan talang tumis daun limau purut @ ZLC

4 keping ikan talang - cuci bersih, lumur garam dan serbuk kunyit. Goreng.

Bahan Tumis

15 biji cili padi - ketuk
1 biji bawang holland/besar - hiris bulat
6 ulas bawang putih - ketuk
2 batang serai - ketuk
6 helai daun limau purut - hiris
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan air asam jawa cair
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Tumis bawang putih dan cili hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan serai. Tumiskan seketika hingga bawang sedikit layu. Masukkan air asam dan perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan dan gaul rata. Akhir sekali masukkan daun limau. Kacau rata. Biarkan seketikan dan tutup api. Dah siapppp....makan dengan nasi panas pun sodap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...