ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Wednesday, September 7, 2016
Cucur jagung manis
Dikala hujan bercucuran membasahi bumi, akak pun bercucur jagung di dapur untuk sarapan anak2. Hari ni tak sempat nak masak beriya sebab sediakan popcorn atas permintaan anak untuk jualan di sekolah. Kawan2nya ramai order tapi sempat buat 10 pack saja. Malas nak bangun awal tadi, sejuk....seronok tarik selimut....
Selepas siap packkan popcorn tu baru la memikirkan nak sediakan sarapan. teringat jagung manis yang dah siap lerai yang dibeli(kawan belanja) di pasar kemboja isnin lalu. Masih belum digunakan. Dan beberapa minggu lalu chef joha hassan ada share resepi jemput2 jagung di fb beliau. Jadi saya pun adun la cucur jagung menggunakan resepi yang saya olah mengikut bahan yang ada.
Cucur jagung manis @ ZLC
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 sk baking soda
1 sk baking powder
Gula secukup rasa
Sedikit garam
3 sb susu tepung
1 cawan jagung manis
1/2 tin jagung krim dlm tin
1 biji telur
3/4 - 1 cawan air
Satukan semua bahan dan gaul rata. Panaskan minyak. Sudukan adunan dan goreng hingga keperangan dengan api sederhana.
****Resepi asal tak guna air. dia guna jagung dalam tin (1 tin jagung biji2 dan satu tin jagung krim. saya guna jagung fresh dan setengah tin jagung krim jer jadi kena tambah air.
Resepi asal guna santan tapi saya guna susu tepung, boleh juga guna susu pekat atau susu segar.
Resepi asal guna tepung naik sendiri, saya ganti dengan tepung gandum dan baking powder.
Resepi asal guna sukatan mangkuk, Saya guna cawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment