Friday, September 23, 2016

Daging masak briyani johor


Minggu lepas punya cerita. Masa kat Sabah jiran wasap minta masakkan daging aqiqah. Dia nak lauk sahaja dan minta saya cadangkan masakan yang sesuai. Saya bagi dia dua pilihan, briyani dan kari maghribi, dua2nya masakan encik hubby. Kenapa dua tu.....sebab ikut kata ustaz, daging aqiqah ni sunatnya dimasak masakan yang ada rasa manis2 skit. Jadi dua2 jenis masakan tu memang ada rasa manis2 manja....sesuai la digunakan untuk tujuan ni. 

Balik semenanjung subuh sabtu, terima lagi wasap dari jiran tu....tanyakan kosnya....alamak....rupanya saya tak respon lagi yang bab tu. Masa tu kami dalam keta otw nak balik ke rumah lepas breakfast.....jadi sambil jadi co pilot....kira2 kos ngan hubby terus respon kat dia. Bila dah dapat harga dia kata confirm....so kitrg pun terus la ke pasar cari bahan keperluan. Asalnya offer nak masak petang sabtu tu, tapi dia kata takut tak sempat nak agihkan pada sedara mara lauk tu nanti. Ok la camtu, saya kata pagi kul 8 insya Allah siap. 



Balik rumah lepas beli barang, check stor rupanya rempah dah habis. Terus hubby telefon pembekal, tapi takde orang kat kedai sebab diorg ada rewang kenduri dan boleh bagi rempah jam 9 pagi ahad tu. Huhuhuhu....contact balik jiran bagitau rempah lambat, jadi lauknya pun ble amik lewat sikit la. Dah masak2, ingatkan boleh la suruh pick-up jam 11, tapi bila test dagingnya belum cukup empuk....daging campur2, ada bahagian ok dan ada yang dapat bahagian otot2 tu lambatla empuknya.

Alhamdulillah....pukul 12 jiran datang ambil. Tak lama lepas tu dia hantar feedback....sedap sangat katanya. Siap dia snap gambar hubby ngan anak dia cicah kuah briyani tu dengan roti. Anak dia yang baru umur 2 tahun tu pun, suka walaupun lauk tu ada pedas2 manja gitew....hapi la we all. Jiran tu kata lagi nanti dia nak tolong promote....Alhamdulillah, Allah izinkan masakan tu jadi sedap. Korang kalau tak nak oder pun takpe...meh sini hakak share resepi dia....

 

Lauk briyani abang sado JJ


1 kilo daging lembu - potong kiub besar macam nak buat rendang tok
2 batang karot - Potong 2 inci dan belah 4
Bahan tumis
4 sb rempah briani
*4 biji bawang besar
*1 labu bawang putih
*3 inci halia
 Kisar *


Rempah tumis 
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
**5 biji tomato - kisar (Boleh juga menggunakan tomato puree tin kecil)
***4 biji cili hijau/cili api pun boleh - kisar
****6 sb madu 
****2 ketul (sebesar ibu jari) gula batu
****1/2 keping gula melaka
****4 sb sos tiram
****4 sb sos cili
****4 sb sos tomato
Garam secukup rasa
1 pokok daun ketumbar - hiris
1 pokok daun sup - hiris
1 pokok daun bawang -hiris
Secekak daun pudina - ambil daunnya
1/2 batang chinese leek - Potong 2 inci dan belah 4
4 sb minyak sapi (QBB paling best) + 1/4 cawan minyak masak

Bahan pilihan

250 gm bawang goreng
3 sb kismis -goreng 
Gajus - goreng


Panaskan minyak. Masukkan rempah tumis dan tumis hingga naik bau. Masukkan bahan*. Tumis hingga naik bau dan layu. Masukkan rempah briyani. tumis hingga pecah minyak. Masukkan tomato, cili hijau kisar,  kacau sebati. Masukkan daging dan karot masak hingga mendidih daging lembut. Masukkan **** dan kacau rata. (Kalau guna ayam daging masukkan setelah kuah agak pekat sebab ayam daging cepat empuk dan hancur - lebih sedap sekiranya menggunakan ayam pencen atau ayam kampung sebab masakan ini perlu dimasak lama supaya semua bahan menyerap ke dalam daging). Perisakan dengan garam secukupnya. (Rasa briyani johor agak manis sedikit - sesuaikan rasa manis masinnya ikut selera) 
Masukkan bawang goreng sekiranya kuahnya masih cair. Taburkan kismis dan gajus jika suka.
***kacau sekali selalu supaya tak hangit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...