Friday, September 9, 2016

Sambal tumis petai


Menu dua minggu lepas tapi malas nak update. Banyak lagi sebenarnya menu2 yang belum di update. Bila mood malas dan bz ngan benda lain begini la jadinya...gambar malas nak edit....semuanya malas2 belaka.


Sambal tumis petai ala2 paprik

1/2 kg udang sederhana - buang kulit dan basuh bersih (kali ni saya campurkan dengan sedikit sotong - dah alang2 tinggal sikit)
15 biji cili kering - rendam atau rebus lembut dan kisar bersama 2 biji bawang besar, 7 ulas bawang putih. 2 inci halia

4 sb air asam jawa pekat
2 batang serai dititik
5 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan minyak masak

Tuangkan minyak masak. Tumis bahan kisar hingga airnya pecah minyak dengan api sedehana. Kacau selalu. Masukkan gula. Kacau rata. Masukkan air asam, serai dan limau purut. Kacau dan biarkan sebati seketika.

Masukkan udang, sotong dan perisakan dengan garam secukup rasa. Kacau sesekali hingga udang dan sotong masak sepenuhnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...