Friday, September 9, 2016

Recycle satay, cara menghabiskan stok satay terlebih bajet


Dua tiga hari sudah beli satay 70 cucuk. Over estimate pulak. Malam tu masing2 macam jaga diet. Makan tak banyak. Mungkin sebab kitrg balik kerja dah lepas waktu isyak. Anak2 dah makan nasi lewat petang.

Disebabkan tak habis, baki satay tu kena lah masuk dalam peti sejuk. Nanti2 boleh panaskan atau recycle jadi masakan lain supaya tak membazir.


Tak lama disimpan pun, keesokan harinya saya keluarkan dan leraikan dari lidinya. Kemudian saya hiriskan bawang besar, nak sedap lagi tumbukkan cili padi secukupnya. Tumiskan dengan minyak sesudu. Sekejap jer. Pastu masukkan satay tadi. Gaul rata dan biarkan dalam 5 minit sambil sesekali kacau supaya tak hangit....dah siap menu satay recycle kita....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...