Sunday, September 4, 2016

Sup tulang berempah MakMak


Sup tulang kambing aqiqah...cucu lelaki jadi aqiqahnya dua ekor kambing la. Masak nasi kabsa sebahagian besarnya, bakinyanya terutama bahagian tulang2 tu buat sup.

Kambing buat sup pekat ni memang win....tengah2hari panas pun orang hirup sampai berpeluh2. Habis seperiuk sup....seronok tukang masak....


Sup tulang berempah MakMak @ ZLC

5 kg tulang (saya suka bahagian tengkuk sebab dagingnya banyak)
1 kg daging (saya rebus seketul besar lepas tu dah empuk baru hiris)
1 paket rempah kurma (paket sederhana)
1 kg bawang merah - kisar
4 labu bawang putih - kisar
300 gm halia (ketuk)
1/2 kg bawang ros - hiris nipis dan goreng utk dijadikan bawang goreng
1/2 kg daun sup + daun bawang + daun ketumbar - hiris
1 ketul sebesar ibu jari gula batu
Garam secukup rasa
5 batang kulit kayu manis
15 biji buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
10 helai daun salam
4 sb lada hitam (tumbuk)
20 biji cili padi - kisar
1 kg kentang
1 kg karot
1  cawan tepung jagung (bancuh dengan air secukup)

Air secukupnya
Minyak untuk menumis




Dalam periuk besar, rebus tulang dan daging serta halia hingga daging hampir empuk.

Masukkan kentang dan kecilkan api. Sementara itu dalam kuali tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan putih yg dikisar. Tumis lagi hingga airnya hampir kering. Masukkan rempah kurma. Tumis hingga pecah minyak. Tuang ke dalam periuk sup.

Kacau sebati dan perisakan dengan garam, lada hitam dan cili padi kisar tadi. Kemudian masukkan daun2 hiris. Masak hingga kentang empuk dan renihkan selama setengah jam. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan kacau hingga sup memekat.

Sedap dimakan bersama roti....dan nasi putih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...