Sunday, September 4, 2016

Kek funfetti Versi zulfaza

2 adunan kek funfetti untuk majlis aqiqah cucu saudara. Last buat kek ni masa majlis bertunang anak buah dua tahun dulu kalau tak salah. Punya la lama tak ulang tayang.



Kek funfetti Versi zulfaza

3 cawan tepung naik sendiri
1 1/4 cawan gula
1 cawan mentega
4 biji telur
1 cawan susu segar
2 sk esen vanila
1/2 cawan colored rice

_______

Pukul gula dan mentega hingga kembang
Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati dan gebu. Masukkan esen vanilla, gaul rata.

Tambah susu berselang seli dengan  tepung sedikit demi sedikit.....sebatikan adunan.

Tambah speed kepada sederhana dan adun selama 2 minit. Gunakan spatula dan masukkan colored rice dan k rata.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160°C selama 45 minit - 1 jam atau hingga tester yg dicucuk bersih.

Sejukkan betul2 sebelum dihias.

Untuk frosting saya guna 500 gm krimwell + 500 gm gula ising + 2 sb susu segar. Pukul sambai kembang dan gebu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...