Wednesday, May 4, 2016

Roti pound coklat

Meroti lagi....buat perisa coklat. Anak2 suka pulak makan, sapu mentega dan tabur gula.


RESEPI ROTI  POUND COKLAT ZLC

600 gm tepung high protien + 2 sb serbuk koko
5 gm improver
50 gm gula
10 gm garam
3 sb susu pekat
60 gm mentega
11 gm yis
350 gm air ais

Satukan semua bahan kecuali mentega. Uli hingga sebati. Tambah mentega dan uli hingga doh licin dan elastik. Kalau guna BM, ikut instruction BM masing2.

Dah siap uli terus bahagikan doh ikit citarasa. Perap lagi hingga naik 3 - 4 kali ganda (saya biasa perap 3 - 4 jam bergantung pada suhu)

Bakar selama 30 minit pada suhu 180 celcius atay hingga keperangan. Keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai. Biar betul2 sejuk baru simpan dlm bekas untuk elakkan roti lembab dan cepat tumbuh kulat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...