Wednesday, May 4, 2016

Daging Sekilo Bawang Sekilo


***tukar gambar....semalam belum betul2 kering dah hidang sbb nak berbuka puasa....lepas berbuka saya masakkan semula bakinya hingga pecah minyak.


Lama tertangguh nak mencuba resepi daging sekilo bawnag sekilo ni.  Resepi  yg saya cnp dari blog Amie's Little Kitchen ni unik betul namanya. Tu yg rasa nak mencubanya. Sesuai dengan namanya jumlah dua bahan tu memang sekg sekg....kalau buat setengah kg kena tukar nama la kan....hahaha....

Nak masak masakan ni ambil masa 2 jam lebih kurang. Lama betul jadi kalau nak makan kena plan betul2. Tak boleh la last2 minute nak buat...

Resepi: Daging Sekilo Bawang Sekilo @ ZLC

Bahan-bahan:

1 kg daging (potong kecil-kecil)
500ml  santan cair
250ml santan pekat
5 ulas bawang putih - pecahkan dan cincang
1 kg bawang besar (potong kasar-kasar)
15 biji cili merah (potong nipis-nipis)
3cm halia (tumbuk)
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
garam dan gula secukup rasa
minyak
1 sudu teh pati asam jawa

*****versi tak cukup kering sebab dah nak berbuka....makan dulu nanti bakinya sambung masak sampai pecah minyak.

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga daging pucat.
4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.
5. Kemudian masukkan 500ml santan cair dan perlahankan api. Tutup kuali.
6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula / perasa pilihan serta pati asam jawa. Gunakan api perlahan.
7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah  kuah pekat dan terbit minyak.
8. Daging sekilo bawang sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit / ketupat / roti dll.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...