Wednesday, May 11, 2016

Nasi goreng simple2 jer


Ni pulak cerita pagi semalam. Baru nak upload hari ni. Malas nak edit gambar dan nak menaip.Saya masak nasi goreng bujang jer...sayang nasi sejuk banyak. Sejak hubby jaga diet dia, dan kurangkan makan nasi dan karbohidrat ni, nasi masak sikit pun tak habis. Nampak gayanya kena masak lagi sikit jer sekarang...

Nasi Goreng Simple2 Jer @ ZLC

1 1/2 pot nasi sejuk
1/2 ikat kangkung - potong2kan
Sejemput ikan bilis - lebih pun ok (goreng garing)
2 sb sambal bilis sejuk beku ZLC (resepi klik disini)
1 biji bawang besar dihiris
Mentega untuk menumis

Cairkan mentega. tumis bawang hingga naik bau. Masukkan sambal. Kacau seketika. Masukkan nasi. kacau sebati. Perisakan dengan garam secukup rasa. Gaul Rata. Masukkan kangkung. Masak hingga kangkung layu. tutup api. Akhir sekali masukkan bilis goreng dan gaul sebati. Sedia dimakan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...