Sunday, May 8, 2016

Mangkuk roti dengan sup cendawan berkrim homemade


Lama dah tak buat cream of mushroom sup. Sejak tak tak ambil order garlic bread ngan sup ni....rasanya bulan puasa tahun lepas last buat. Bread bowl ni lagi la lama tak buat...last buat dua tiga tahun lepas kot....😃.

Dua tiga hari lepas tetiba rasa teringin nak makan. Cendawan dah beli. Plan nak buat sabtu sebab kalau hari kerja payah sikit nak meroti...masa terhad. Nanti roti tak sempat kembang.

Semangat nak buat mangkuk roti sampaikan BM meragam masa uli batch kedua....bunyi bukan main lagi, sekali jengok tak berpusing. Sudahnya keluarkan dan uli guna tangan....dah lama tak bina otot tangan.

Mangkuk roti ZLC

Doh roti

Bahan-bahan ( 2 biji roti )

170ml air suam
250 gm tepung high protein (2 cawan)
65 gm tepung gandum (1/2 cawan)
2 sudu besar lemak sayur
3 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung
1 1/2 sudu teh yis segera*semua sukatan di paras

Cara-cara

Cara buat roti. Masukkan semua bahan dalam bread maker,pilih option doh.Boleh juga diuli dengan tangan Keluarkan doh dari bread maker, bahagi kepada 2.

Setiap bahagian lebih kurang 200 gm.Bentukkan bulat dan letak dalam dulang pembakar yang disapu marjerin.Biar doh naik selama 40 minit.Doh yang naik menyebabkan bentuk bulat jadi leper.

Bentukkan jadi bulat semula,bakar dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 160 celcius selama 30 minit atau hingga luar kulit roti jadi coklat. Potong bahagian atas roti dengan pisau. Korek bahagian dalam roti.


Sup cendawan berkrim ZLC

bahan

3 sb mentega
3 biji bawang holland (hiris nipis/cincang)
3 paket cendawan shitake (hiris)
2 paket cendawan butang (hiris)
6 kiub ayam maggi (boleh ganti dengan air rebusan ayam - chicken broth)
10 biji kentang (rebus empuk dan kisar hingga halus)
1 liter susu segar
3 tin susu cair
3 cawan tepung gandum, (bancuh dengan air dan tapis supaya tiada ketul)
air secukupnya
garam secukup rasa

Panaskan mentega. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cendawan yang telah dihiris kecil. Tumis hingga cendawan layu. Masukkan air dan bancuhan tepung serta kiub maggi. Kacau hingga mendidih. Masukkan puri kentang, susu dan tambah air jika perlu. Masak hingga mendidih, kacau selalu sebab sup akan membuak. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api. Hidangkan dengan roti bawang putih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...