Tuesday, May 10, 2016

Rendang Ikan Tongkol



Resepi tradisi kat kampung. Selain rendang ayam, rendang daging. rendang kerang, rendang udang, rendang ikan tongkol ni pun tak kurang enaknya. Saya suka ikan tongkol ni terutamanya bahagian yang warna hitam tu.....saya tukang habiskan bahagian tu yang kakak-kakak saya tak suka masa kecik-kecik dulu. Ermmmmm....tetiba pulak terasa nak mengimbau noltalgia ikan tongkol nih......hehehe.

Ini bukan la kali pertama saya share resepi rendang ikan ni. Sebelum ni dah pernah post resepi rendang ikan tongkol kat sini, cuma kali ni saya buat cara yang sedikit berbeza dan menggunakan bahan rahsia penyedap perisa. Kali ni, saya goreng dulu ikan dan bahan kisar saya tumis hingga naik bau. Dan bahan rahsianya...........nak tau ke?......betul nak tau?........hehehhe.......okla, saya bagitau sekarang. Satu lagi yang berbeza kali ni saya guna Maggi® CukupRasa™. Itu la rahsianya. Selalu sangat tengok Amy Mastura masak kat iklan tu, nampak macam best jer, pastu macam senang sangat dia memasak......tu yang terasa nak cuba serbuk ajaib ni jugak.


Memang tak rugi saya try letak Maggi® CukupRasa™. Tak payah letak garam dan msg lain bagi masakan jadi lazat, guna pun sikit jer dah juri-juri kat rumah ni kata lazatnyaaaaa... Berbunga-bunga hati ni tau....rasa macam nak menyanyi macam amy mastura tu...hehehe. Satu lagi yang bestnya Maggi® CukupRasa™ni bukan msg jadi takde la risau nak gunakan.

Rendang ikan tongkol @ ZLC

Bahan-bahannya :

1 ekor ikan tongkol saiz sederhana
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
2 keping asam gelugur
Gula melaka - secukup rasa
Maggi® CukupRasa™ - secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan hiris :

2 helai daun kunyit
8 helai daun limau purut

Bahan kisar :

12 biji cili merah (boleh tambah cili padi kalau nak lebih pedas)
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
3 cm lengkuas
2 batang serai
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
Cara-caranya:

Potong ikan 2 cm tebal. Lumur ikan dengan air limau atau air asam jawa dan sedikit garam. Perap 15 minit dan bilas bersih. Goreng ikan yang telah dibilas, jangan terlalu garing, agak-agak dah elok masak, angkat dan toskan.

Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bahan kisar, daun kunyit, daun limau hingga naik bau.
Masukkan ikan, gula melaka, kerisik dan asam keping. Kacau rata.


Masukkan santan dan Maggi® CukupRasa™ secukup rasa. Masak hingga rendang pekat. Sesuaikan rasa, tambah Maggi® CukupRasa™ jika perlu. Kacau sebati. Tutup api.


*** Biasanya untuk memasak rendang, penggunaan kuali lebih memudahkan kerja2 mengacau rendang hingga pekat atau kering. Kalau guna periuk susah dan kemungkinan ikan akan hancur.

*** Kalau nak rendang yang sedikit berkuah jangan masak sampai kering sangat. Bila dah pekat tutup api. Kacau selalu supaya tak hangit.

*** Rendang ni sedap dimakan dengan nasi panas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...