Friday, May 13, 2016

Ikan Bakar ala Portugis


Hari ni rasa malas nak masak. Subuh tadi dah buatkan nasi lemak untuk sarapan. Tengahari bakar ikan jer....itu pun dah petang baru ada yg makan. Semua orang kat rumah ni dah tak rajin nak makan agaknya....

Ikan ni saya bakar guna pes sotong bakar ala portugis.....saya memang gandakan pes tu masa masak sotong minggu lepas. Mudah keeja2 memasak ni bila ada pes2 segera macam ni.

Ikan bakar ala portugis @ ZLC

Bahan2 ( dikisar )

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
1/2 bunga kantan
5 batang cili kering ( yg sudah direndam dgn air panas/ di didihkan, takpun guna cili boh yg siap dijual )
garam dan gula secukup rasa
jus limau nipis (saya guna lemon)
sos nampla sotong (saya tak letak)

Bahan B

4 helai daun kesom
5 batang bendi ( campurkan sekali sayur dalam sotong tu bila di bakar ) * optional
2 helai daun limau purut

cara memasak

- panaskan kuali dan tumiskan bahan2 kisar hingga wangi

-letak garam, jus limau nipis, sos namla sotong sedikit gula dan serbul perasa

-- Lumurkan bahan tersebut dengan ikan, letak sayur bendi -
dan bungkuskan dgn daun pisang /foil
- siap untuk dibakar.

" Selamat Mencuba "


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...