Monday, May 16, 2016

Kuih koci pandan


Mood mengoci mlm ni. Petang tadi kawan ofis hubby datang hantar anak pokok pisang. Ingatkan tak jadi dia datang sbb hujan punya la lebat. Sekali lepas Asar hubby tepon kat kawannya tu dah sampai pondok guard. Kelam kabut akak bersiap apa yang patut.....

Sebaik kawannya sampai, hubby pun sampai dari surau berpayungkan tudung bekas takung air dan berbaju hujan plastik sampah....hehehe...

Kawan tu, selain hantar anak pisang tu, dia bagi 2 pelepah daun pisang utk akak nih......terharu ai tau...... Dia memang tau akak ni suka main masak2 kat rumah...😆😆😆.

 
Kitrang pulak bagi dia buah kedondong dan pokok kedondong tut seperti yang dijanjikan. Dia balik jer terus la kepala hotak akak nih mereka2 nak buat apa dengan daun tu....lepat baru jer buat dengan daun pisang yg dibeli kat pasar Jumaat.

Teringat ada inti kelapa. Kelapa parut pun ada...tepung pulut pun ada...pandan yg ambil dari umah jiran pun ada....ok la...proceed buay koci....lama dah tak buat..sampai lupa camna nak bungkus.....mujo ada pa.....pakcik google.

Boleh rujuk dilink ini utk cara2 penyediaan kuih koci.


Kuih koci pandan ZLC

Untuk Doh

Bahan2nya

1 paket tepung pulut
air pandan secukupnya (kisar 10 helai daun pandan dan tapis airnya)
sedikit garam
Gaul dan uli hingga jadi doh lermbut

Untuk inti

1 biji kelapa muda parut
gula putih secukupnya
Sedikit garam
Sedikit air
1 sb tepung gandum untuk memudahkan inti di bulat2kan....kali ni saya tak letak sbb inti ni serba guna...nak makan dengan pulut dan juga buat kuih lain.....
(Kalau musim durian bole letak isi durian...sedapnya)

Masak semua bahan kecuali tepung hingga hampir kering dan masukkan tepung.....masak hingga sebati.

Kuah santan/dadih

3 cawan santan pekat
1 1/2 sb tepung gandum
1 sk tepung jagung

garam secukup rasa

Satukan semua bahan dan kacau sebati. Masak semua bahan hingga pekat. Sentiasa kacau menggunakan whisker. Sejukkan sebentar.

#####kuah santan/dadih ni ada yang suka pekat2.....jadi boleh lebihkan tepungnya...

Bahan lain

daun pisang secukupnya dilayukan atas api atau jemur tengah panas....
minyak masak

#############

Cara menyediakan kuih koci

Ambil sedikit doh dan leperkan

Masukkan inti...

Tutup doh dan letakkan di atas daun pisang yang telah dioles dengan sedikit minyak.

Sudukan sedikit kuah santan/dadih....

Balut daun pisang macam lepat atau nasi lemak....

kukus hingga masak selana setengah jam...

saya guna kukus elektrik jadi lepas kukus saya tidur....pagi bangun dah masak dan sedia dimakan...

###########

Kalau nak daun cantik kekal hijau, kukus dulu kuihnya dalam loyang...dah masak baru balut pisang....jadi kekal la warna daunnya...

Atau pun

Selepas diisi inti, rebus macam buat buah melaka, bila dah timbul masukkan dalam dadih atau kuah santan dan  bungkus....

Atau pun

kalau daun pisang tak cukup atau tak ada pun boleh buat kuih peria atau buat jer badak berendam kalau dadih tu ada lebih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...