Saturday, March 26, 2016

Kuih lompang pandan


Aktiviti lepas subuh....menyiapkan 100 biji kuih lompamg. Ada mak buyung mengidam. Cari kat gerai takde pulak yang menjual. Saya masih gunakan resepi Hazel @ My Resepi ni....sebab kejadiaannya ok. Lesung pipitnya terserlah. 

Lompang ni saya tak buat warna-warni. Buat satu warna jer....guna daun pandan. Tapi daun pandannya tak banyak sangat jadi warna hijau pandannya hijau manja gitew....hihihi.



KUIH LOMPANG @ ZLC

2 1/2 cawan tepung beras 
1/2 cawan tepung sago (saya guna tepung ubi))
1 cawan gula pasir
4 cawan Air ~ 2 cawan kisar dengan daun pandan, tapis dan 2 cawan lagi di masak bersama gula
Daun Pandan ~ di simpul
Acuan secukupnya
Kelapa parut putih sahaja
secubit garam

Panaskan kukusan
Masak 2 cawan air bersama gula dan daun pandan hingga gula larut 
Dalam bekas lain satukan tepung beras dan tepung sago/ubi
Campurkan dengan 2 cawan air lagi dan kacau rata
Tuangkan adunan air gula ke dalam adunan tepung
Kacau rata dan kemudian di tapis
Adunan ini akan menjadi adunan yang terlalu cair
Kacau rata

Acuan di oleskan dengan minyak jagung atau minyak masak
Susun dalam kukusan
Tuangkan adunan dalam bekas acuan
* tuang adunan 3/4 acuan sahaja, jika lebih lekuknya atau lubangnya nanti tidak berapa jelas
Tutup kukus dan kukus selama 15 minit
* tutup kukusan boleh balut dengan kain supaya air kukusan tidak menitis atas kuih
Bila dah masak, tunggu sejuk baru keluarkan dari acuan
Kuih lompang di hidangkan dengan kelapa parut yang di gaulkan dengan sedikit garam




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...