Monday, March 14, 2016

Sup daging dan tempe goreng tepung

Menu simple pun sedap. Anak2 saya suka masakan sup2 macam ni, nasi pulak lembik2 sikit....perghhhhh....makin banyak diorang makan. Tambah pulak ada sambal kicap pelbagai guna yang ayah diorang buatkan tu. Sambal kicap tu untuk makan dengan sup dan cicah tempe goreng....yumyumyum. Gambar sambal kicap tak dan nak snap dah selamat sampai ke destinasi pun.
 


Sup daging @ ZLC

1/2 kg daging - saya rebus seketul2 hingga hampir empuk kemudian baru hiris. Jadi bentuk daging hirisnya lebih cantik. (Panaskan air hingga betul2 mendidih sebelum masukkan daging dan tutup periuk - rebus setengah jam bergantung saiz daging)

2 biji tomato
2 batang celery
garam secukup rasa
gula batu sebesar 1/2 ibu jari 

Rebus semua bahan di atas dengan air rebusan daging. Kemudian masukkan rempah tumis darat.

Rempah tumis darat

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang.
5 kuntum buah pelaga
2 biji bawang besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
5 inci halia - hiris
Minyak untuk menumis

Tumis semua bahan hingga naik bau dan keperangan. Tuang ke dalam periuk sup. Didihkan seketika sup tu. Bila daging dah betul2 empuk ble tutup api.

Tabur daun sup/bawang/ketumbar semasa menghidang atau boleh masukkan terus semasa memasak sup.



 Tempe Goreng Tepung @ ZLC

5 keping tempe - potong ikut suka
3 sb tepung goreng pisang adabi
6 sb tepung gandum
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Satukan semua bahan kecuali tempe dan minyak. gaul rata hingga dapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (macam tepung goreng pisang tu le). celup tempe dalam adunan tepung dan goreng la macam biasa hingga garing. Cicah dengan sambal kicap untuk kenikmatan berganda.


Sambal Kicap Hubby @ ZLC

Resepi sambal kicap

5 ulas bawang putih
15 biji cili padi (belas sikit hujungnya supaya tak meletup masa goreng nanti)
kicap masin/manis (saya letak kicap masin sebab sambal ni nak makan dengan sup, biasa kalau nak cicah dengan goreng2an tu letak gula sikit atau guna kicap manis)

Goreng cili dan bawang putih dengan minyak hingga layu. Angkat dan toskan.
Tumbuk hancur. Masukkan dalam mangkuk. Tuang kicap secukupnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...