Sunday, March 6, 2016

Resepi Char Kuey teow


Tengahari ni malas nak masak nasi. Tukar selera makan char kuaw tiaw jer. Sejak hubby on diet ni dia kurang makan nasi. Dulu2 tak ble tak pekena nasi.....

Disebabkan tak plan awal2 nak masak char kuaw tiaw jadi saya takde la buat paste in advance....pes siap jer terus goreng......kucai dan daun bawang ambil dari dalam pasu jer....taugeh tak sempat nak tanam...sbb tak plan nak buat dua tiga hari awal untuk tanam taugeh. Tapi saya buat xtra. So next round senang la sikit.... 



Masak sendiri char kuaw tiaw ni puas la makan. Kalau beli kuaw tiawnya beberapa helai jer...al maklumla semua benda dah mahal......nak buat pes pun kos tinggi juga....dengan udangnya....dan bahan2 lain tu....


Resepi Char Kuey teow @ ZLC

Bahan2Nya

200 g kuey teow ( @ ambil secekak untuk seorang makan )
1 sudu makan cili kisar (nak lebihkan sikit pun ok jer)
kerang/udang  (secukupnya - nak makan sendiri kot)
1 biji telur
4 sudu besar paste char kuey teow
Sawi/tauge/kucai

Cara untuk masak Kuey Teow

1. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 4  sudu besar paste tadi.INGAT... !! api mesti mau besar aaa

2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi. Nak sedap lagi tambah udang fresh. 

3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow, kucai dan taugeh.

4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat. Kalau agak2 kering, tambahkan lagi paste char kuey teow tu. Ingat, tak perlu masak lama2 sangat, nanti kering kontang ler char kuey teow tu. Biar basah2 skit sbb kuey teow ni cepat meresap kuahnya.

Ni plak tips nak masak kuew teow sedap......

~ sediakan pes lebih awal sebelum menggunakannya....seelok2nya semalaman.

~Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!. 

~kena masak satu2 baru sedap atau pinggan by pinggan. Maksudnya kat sini  kalau 2 orang makan 2 kalilah masak…. Char kuey teow memang tak sedap kalau masak dalam jumlah yg banyak!!



Pes Char Kuay Tiaw

bahan 

200 gm udang ( lebih pun takpe )
250 ml air
4 ulas bawang putih dimesin/tumbuk lumat
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 kiub pati ikan bilis /2 sudu besar petis– (saya guna ikan bilis yg dikisar halus - kemudian tapis)
2 sk garam ( jika sos tiram masin boleh kurangkan)
1 sb gula

Cara penyediaan pes

1. Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu.
2. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya.
3. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis.
4. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan seketika. Boleh simpan dalam petisejuk supaya tahan lama.

*** Paste ni seelok2nya sediakan lebih awal sebelum nak goreng char kuew teow. Katanya lagi sodapp la kalau sediakan awal2 dari masak waktu nak goreng char kuey teow tu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...