Thursday, February 4, 2016

Sambal hitam pahang


Sapa suka sambal hitam pahang angkat tangan..... Ramai orang suka, dan banyak dijual sekarang ni... Saya pun dah lama tak buat sambal ni sebab nak mencari belimbing buluh pastu nak merebus tanpa air...tu malas....kuali kompom jadi hitam legam tahap gaban....tapi makan sedap bukan main....

Hari ni akhirnya setelah menyimpan belimbing yang anak buah bawak dari cheras dicampur dengan pemberian kawan dari taiping lagi.....terzahirlah sambal sedap yang disediakan ikut resepi olahan dari cikgumawarmerah.blogspot.

Pegh berpoloh den makan dengan nasi panas.....

Sambal hitam pahang @ ZLC

1 cawan belimbing yg direbus
2 cawan ikan bilis
1 cawan cili padi
2 1/2 biji bawang holland
Gula
Garam
Kicap lemak manis ( saya guna kicap masin 5 sb)
Minyak untuk menumis

Rebus belimbing dalam periuk tanpa air sehingga ia bertukar warna kecoklatan.
Hiris 1/2 biji bawang. Blend /tumbuk cili, ikan bilis, bawang dan belimbing dlm food processor. Tumis bawang hiris hingga naik bau, kemudian masukkan bahan yang di blend.


(Cara saya kali ni sempoi sikit, saya leburkan saya semua bahan kisar dan belimbing dalam kuali termasuk minyak. Takde tumis2 dan bawang saya kisar semua. Cili padi pulak separuh jer saya kisar kasar dan selebihnya saya masukkan sebiji2)

Goreng sehingga kering, perasakan dgn garam dan gula. Masukkan sedikit kicap.
Tapis minyaknya dan sambal disimpan dalam bekas kedap udara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...