Tuesday, February 23, 2016

Bingka Labu

Misi nak kurangkan stok labu dalam peti sejuk, baki buat masak lemak aritu. Saya beli saiz besar...masak lemak guna 1/4 jer. Lepas buat bingka ni pun masih ada baki 1/4 lagi...nanti nak buat bebola labu la pulak.
Bingka labu ni sedap. Saya guna resepi sama yg pernah saya buat dulu dari sumber mawandiha...cuma saya dah olah resepi ni ikut citarasa. Tadi nak cepat punya pasal, saya bakar 20 minit guna suhu 200 celcius api atas bawah.....lepas tu saya naikkan suhu jadi 250 api bawah saja dalam 10 minit.....Alhamdulillah elok jer masaknya....kalau terlewat jengah oven tadi mau hangus bingka ni....hihihi

Bingka labu @ ZLC
Bahan2
1 biji labu kuning saiz sederhana ~ Tak perlu kupas kulit, belah 4, kukus  @ masak 15 minit guna microwave  dan korek isinya dengan sudu )
200 gm gula (boleh lebihkan gula kalau nak manis)
250 gm tepung gandum
4 biji telur gred C
1 cawan santan pekat atau susu
125 gm mentega ~ cairkan
Sedikit garam

Cara Menyediakan
1. Blend labu, gula, telur dan santan hingga halus.
2. Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan mentega yang dicairkan dan kacau. Jika adunan berketul2.. boleh ditapis atau diblend sekali lagi.
5. Panaskan ketuhar 175C. (Saya guna oven kecil - suhu 200 °C)
6. Lenserkan acuan dengan marjerin/butter.
7. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit (saya bakar selama 55 minit api atas bawah - hasilnya sedang elok jer) atau hingga masak bergantung saiz loyang & saiz oven anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...