Tuesday, February 2, 2016

Roti arab (wholemeal)


Meroti lagi hari ni. Dah lama tak buat roti arab wholemeal ni....sebab stok wholemeal takde. Tadi dlm perjalanan balik singgah jap kat bakeri. Balik rumah uli roti...siap bakar lepas maghrib.

Sedap roti ni...gebu sangat hasilnya...anak2 makan dengan strawberi campote. Saya ingat nak cicah sambal bilis yang saya masak untuk simpanan sejuk beku dan set nasi lemak sarapan esok....nak buat kari rajin tiada....

Saya bakar guna ring burger......tak rajin nak cari ring besar dan nak guna oven besar. Naik membumbun tinggi...... heeeeeeeee.....hepinya...

Resepi Roti Arab @ ZLC

440 gm tpg roti
60 gm tpg wholemeal
10 gm yis
50 gm gula castor
5 gm improver
50 gm butter/margerin
290-300 ml air ais + 2 sb susu pekat.
5 gm garam

Satukan bahan dan uli hingga doh licin. Perap doh selama sejam. Tumbuk doh. Bahagikan adunan....saya guna ring roti arab. Berat doh 110 gm seketul. Dah siap bentuk, biarkan naik dua kali ganda atau proof 30 minit. 15 minit sebelum tempoh proof tamat, panaskan oven suhu 180 C. Dah siap proof boleh la bakar selama 20 minit atau hingga keperangan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...