Tuesday, February 2, 2016

BURUNG PUYUH SAMBAL ACHEH


Puyuh dah lama beli dari jiran. Lambat sampai seru untuk dimasak. Tapi bila hubby maklumkan ipar dan pasangan tumpangkan dia balik, saya pun terus teringat kat puyuh yg lena tido kat peti sejuk beku tu. Nak buat goreng berempah, rasa malas pulak nak menyediakan bahannya. Jadi saya pun google resepi apa yg sedap nak masak puyuh ni sampai terjumpa Burung Puyuh Sambal Acheh ni dari blog Dari Duniaku. 

Sambal acheh ni iras2 sambal ayam penyet cuma tak letak bilis.  Sedap dan ringkas menu ni.


Burung Puyuh Sambal Acheh

Bahan2:-
4 ekor burung puyuh ~  cuci, gaul garam dan kunyit, gorengkan dan toskan

Sambal acheh

10-15 biji cili padi dan  3-4  biji cili besar (boleh ubahsuai jumlah ikut citarasa)
2-3  inci belacan
2-3 biji bawang merah  - (saya guna bawang besar - belah 4)
1 biji tomato - (belah 4)
Garam dan gula perang secukup rasa
sedikit minyak untuk menggoreng

Sedikit daun bawang untuk hiasan 

Cara2:-

Goreng semua bahan kecuali garam dan gula
Goreng sampai layu, tapi jangan garing
Setelah itu baru semua bahan ditumbuk. Memang lembut dan senang untuk menumbuk.
Akhir sekali baru masukkan garam gula secukup rasa. Dah siap. Senang ringkas dan mudah

Setelah ditumbuk, tumiskan sebentar sambal. Masukkan puyuh dan gaul rata. (saya tak gaul puyuh dengan sambal. Saya masukkan sambal dalam bekas hidangan dan susun puyuh di atasnya kemudian taburkan daun bawang sebagai hiasan. Almaklumlah ada anak2 kecil....takut terpedas sgt sambalnya tu)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...