Sunday, February 7, 2016

Ikan goreng sambal acheh


Pilihan menu ringkas untuk hidangan makan tengahari.

Ikan Goreng Sambal Acheh @ ZLC

Bahan2:-
Ikan pilihan ~  cuci, gaul garam dan kunyit, gorengkan dan toskan.

Sambal acheh

10-15 biji cili padi dan  3-4  biji cili besar (boleh ubahsuai jumlah ikut citarasa)
2-3  inci belacan
2-3 biji bawang merah  - (saya guna bawang besar - belah 4)
1 biji tomato - (belah 4)
Garam dan gula perang secukup rasa
sedikit minyak untuk menggoreng

Sedikit daun bawang untuk hiasan (optional)

Cara2:-

Goreng semua bahan kecuali garam dan gula
Goreng sampai layu, tapi jangan garing
Setelah itu baru semua bahan ditumbuk. Memang lembut dan senang untuk menumbuk.
Akhir sekali baru masukkan garam gula secukup rasa. Dah siap. Senang ringkas dan mudah.

Setelah ditumbuk, tumiskan sebentar sambal. Masukkan ikan dan gaul rata. Hidangkan bersama nasi panas.....perhhhhhh....ngences juga aku dibuatnya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...