Friday, February 12, 2016

Roti wholemeal kesukaan ramai

Musim anak2 makan roti sejak minggu lepas....cuma minggu ni dah slow sikit....tak buat hari2 dah...selang sehari pulak.....nanti stop dulu bila diorg dah jemu....lama dikit nanti baru ulang tayang....

Roti ni dah ada yg tanya nak beli.....hahaha.... Cuma saya tak ready lagi nak menjual....malas nak buat costing.... Nanti2lah....bila rajin skit akak amik order yer....

Resepi wholemeal @ ZLC

500 gm tpg roti
100 gm tpg wholemeal
10 gm yis
50 gm gula castor
6 gm improver 
60 gm butter/margerin
350 ml air ais + 3 sb susu pekat.
7 gm garam

Satukan bahan dan uli hingga doh licin. Perap doh selama sejam. Tumbuk doh. Bahagikan adunan.... Dah siap bentuk, biarkan naik dua kali ganda atau proof 60 minit. 15 minit sebelum tempoh proof tamat, panaskan oven suhu 180 C. Dah siap proof boleh la bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.



Dah sejuk....potong.....simpan dalam bekas kedap. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...