Saturday, February 6, 2016

Puding jagung bersantan

Teringin makan puding jagung....walau pun hubby cukup tak suka dengan puding ni saya buat juga la sikit....anak2 suka. Tambah sejuk2 baru keluar peti ais...

Buat resepi tradisi menggunakan santan...yg guna susu saya kurang minat....Guna santan ni rasa lemaknya asli dan lebih menyihatkan.....buat pun tak susah.

Puding kastad Jagung @ ZLC 

1 cawan kastard + tepung jagung (tepung kastard habis stok da...)
3/4 cawan gula
1 tin jagung manis dalam tin (jenis krim)
4 cawan santan (dari sebiji kelapa)

Caranya mudah sahaja:

Satukan kesemua bahan dalam satu periuk.  Masak dengan api yang sederhana, sambil terus dikacau-kacau dengan senduk kayu sehingga adunan likat dan berkilat.  Biarkan masak lama sikit, InsyaAllah kuih lambat basi. Tutup api. Tuangkan ia ke dalam loyang. 

 Tunggu sejuk sedikit kemudian simpan dalam peti ais. Dah cukup sejuk, potong dan ngap hingga habis.....kakakkaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...