Tuesday, February 9, 2016

Lompat tikam

Lamanya teringin nak makan...pernah beli tapi tak menepati citarasa....air kapurnya terlebih sampai rasa pedar. Frust sgt...sejak tu langsung tak berani nak beli.... Hari ni sebab tak masak kat rumah untuk tengahari jadi saya buat kuih ni.... sedap....lemaknya cukup...masinnya cukup...pendek kata secukup rasa....


LOMPAT TIKAM @ ZLC

Bahan-bahan ( 6 bekas kecil )

BAHAGIAN BAWAH (hijau)

1 cawan tepung beras
1 sb tepung jagung
3 cawan santan (atau parut kelapa dengan daun pandan untuk menghasilkan santan pandan)
sesudu kecil air kapur
1/2 sudu kecil garam
pewarna hijau dan perasa pandan

BAHAGIAN BAWAH (HIJAU)

Campur semua bahan, blend sehingga tidak berketul2.kacau di atas api perlahan sehingga menjadi pekat dan berkilat
letakkan di dalam bekas dan sejukkan

BAHAN ATAS (putih)

1 cawan tepung beras
1 sb tepung jagung
3 cawan santan (satu kotak kecil santan segera campur air jdkan 3 cawan)
1 sudu kecil garam halus

BAHAGIAN ATAS (PUTIH)

campur semua bahan, blander hingga tidak berketul2kacau atas api perlahan sehingga pekat dan berkilat
tuang di ata lapisan hijau td, sejukkan.


Pulut Merah

Pulut - rendam dan tos
Air secukupnya (saya guna air yg sama jumlah dengan pulut)
Pewarna merah
Garam (dan sedikit gula untuk menghasilkan pulut yg berkilat)

Cara cara

Tanak pulut dalam periuk nasi.

AIR GULA MERAH

1 cawan gula melaka/nise
1 cawan air

masak hingga gula hancur, tapis & sejukkan
* tuang air gula merah td ke dalam kuih dan boleh laa dimakan. (sedap dimakan ketika sejuk)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...