Sunday, February 14, 2016

Homemade potato wedges with cheesy dip


Lama dah tak buat wedges. Nak cari kentang US ni yg susah....kat supermarket ni kekadang ada pun tak cantik atau mahal sangat.  Anak2 suka. Tambah2 ada cheese dip tu. 

Homemade potato wedges with cheesy dip

Kentang US direbus empuk dengan sedikit garam (takperlu kupas)
Tepung jagung
Serbuk cili/paprika
Serbuk lada hitam

Potong wedges kentang yg telah direbus. Gaul dengan campuran tepung dll.
Goreng garing dan toskan.

Cheesy dip

250 gm cheddar (block)
500 ml susu segar
2 sb tepung gandum
2 sb mentega (seelok2nya guna mentega tulen)
Sedikit sebuk paprika (optional)

Cairkan.mentega..masukkan tepung dan susu. Masak hingga pekat dan sebati. Masukkan cheddar dan paprika. Masak hingga cheese cair.

Hidangkan bersama wedges atau sesuai juga dijadikan kuah pasta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...