Monday, February 22, 2016

Onde-onde/buah melaka bunga telang

Ini hari punya cerita....sebelum ke hospital jemput cik abg balik, dan sebelum  drop anak ke sekolah sambil kacau2 pajeri nenas saya buat kuih ni. Utk bekal anak yg sekolah petang. Kuih ni antara kuih traditional yg senang nak buat dan sedap dimakan. 

Saya suka kuih ada warna2 untuk pikat selera anak2....tapi anak saya ada yg alah pada pewarna tiruan....daun pandan pulak masih belum cukup daun nak diambil dari pasu depan rumah tu. Tengok dalam peti beku masih ada bunga telang  beberapa kuntum musim hujan aritu  ...cukup untuk memberi warna menarik pada doh saya. 

Gula melaka pun ada lagi....kelapa muda parut baru jer restock jumaat lepas.....cukup semua bahan. Buat pulak tak perlu sukatan tertentu....


Onde-onde/buah melaka bunga telang @ ZLC

1/2 paket tepung pulut (anggaran 200 gm)
10 kuntum bunga telang rendam dengan 1/2 cawan air mendidih hingga air menjadi biru - tapis airnya dan sejukkan seketika.
Sedikit garam

Gaul rata semua bahan. Tambah air jika perlu sedikit2 sambil uli hingga jadi doh lembut.

Inti

Gula melaka dipotong kecil secukupnya

Kelapa parut yg digaul sedikit garam untuk menggolek kuih yg telah masak

Cara memasak kuih onde-onde

Panaskan air di dalam periuk. Ambil doh sebesar guli. Leperkan dan letak gula melaka ditengahnya. Tutup gula dengan doh dan gentel bulat doh tadi. Susun doh di atas bekas yg dioles sedikit minyak masak. Buat hingga selesai atau boleh rebus terus bebola onde-onde di dalam air mendidih.

Rebus onde-onde hingga timbul. Kacau sedikit bebola yg sedang direbus bagi mengelakkan ia melekat didasar periuk. Angkat ondeh2 yg telah timbul dengan penapis atau senduk berlubang. Golekkan bebola dia atas kelapa parut.

*****cecair gula melaka di dalam onde-onde panas ketika baru masak jadi berhati2 memakannya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...