Wednesday, May 6, 2015

Sambal bilis kering

Menunaikan permintaan bff hubby. Minta tolong buatkan sambal bilis untuk dibawa ke obese.... Lama dah tak buat sambal kering camni...selalunya memang bff hubby jer yang rajin request bila dia nak berjalan....lidah melayu...tak boleh takde nasi dan lauk pauk pedas....

Saya packkan kecil2 6 bungkus....tak payah bukak tutup bukak tutup bekas....takde la rosak...

Bila buat sambal ni teringat masa study dulu...dok asrama....bila bulan puasa suruh maid kakak buatkan sambal bilis ni sebalang....spare untuk sahur sebab lauk pauk dewan makan selalu basi.....sambal ni la jadi penyelamat kitrg subuh2 tu....

Nanti nak buat la skit untuk stok bulan puasa....sambal tahan lama, tak perlu simpan dalam peti sejuk....

Sambal bilis kering

600 gm bilis (basuh dan tos kering, goreng garing dan tos minyaknya)
250 gm lobak asin (potong kecil, basuh, tos dan goreng sebentar, tos)
200 gm kacang tanah goreng (jika suka) - kali ni tak letak.

Kisar

30 biji cili kering (rebus lembut)
8 biji bawang besar

Bahsn lain

Garam
Gula
1 sb asam jawa (perahkan dengan sedikit air)
Minyak secukupnya

Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak dengan api kecil. Masukkan gula, kacau hingga gula hancur. Masukkan asam dan garam secukup rasa. Tumis hingga sambal pekat dan semua cecair kering. Tutup api dan biarkan sejuk. Masukkan bilis dan lobak. Kacau rata.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...