Wednesday, May 6, 2015

Roti gula dan loaf

Meroti lagi setelah seminggu lebih bercuti....hehehe...cuti meroti.. Buat 2 jenis...roti gula dan loaf...
Loaf tu cadangnya nak buat puding caramel...tapi tak tau ler rajin ada mari ke tak balik kerja nanti...

Roti gula ni gelap sikit kejadiannya gara2 nak garingkan sikit atasnya....nasib baik tak gelap semua.....kalau tidak membazir 1 kg doh...

Guna dua resepi berbeza....loaf guna resepi roti yogurt dan roti gula guna resepi lain.

Roti yogurt

Bahan2nya

250 tepung roti
100 gm yogurt
60 gm susu segar
25 g telur (1/2 biji)
20 gm gula (saya letak 30 gm)
3 gm garam
30 gm margerin
2.5 gm yis


Kalau uli tangan, satukan semua bahan kecuali margerin. Uli sebati dan masukkan marjerin. Terus uli hingga doh tak lekat ditangan dan mangkuk serta licin dan elastik.

Saya guna BM. Masukkan bahan cecair diikuti dengan pepejal. Set ikut arahan BM.

Perap selama sejam dalam bekas dan tutup dengan tuala lembab.Bila dah cukup masa, tumbuk doh utk kuarkan anginnya dan bahagi dok ikut citarasa. Lepas tu bulat2kan, susun dalam loyang. Biarkan naik 2 X ganda. Sebelum tu panaskan oven 15 minit sebelum bakar. Suhu oven 180 - 200°C selama 1/2 jam atau hingga keperangan.


Roti gula cheese

Bahan2nya

500 gm tepung roti/gandum/kombinasi
15 gm yis
5 gm improver/softener
15 gm susu tepung
5 gm garam
110 gm gula 
80 mentega
1 biji /70 gm telur (telur gred AA)
225 gm air sejuk (ais)

hiasan
Cheese + gula

Satukan semua bahan (pastikan yis tidak diletak berdekatan dengan garam) kecuali mentega dan uli sebati. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin, tidak lekat di tangan dan besen serta elastik.

Sapukan minyak dan perap selama sejam atau doh naik 2 kali ganda. Tumbuk doh dan uli sebentar. Sapu tangan dengan minyak dan bahagikan doh ikut citarasa.

Bulatkan doh dan susun dalam loyang. Biar doh naik seganda. Spray air dan tabur cheese dan gula ke atas doh.  Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180°C - 200°C selama 20 - 30 minit atau hingga perang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...