Thursday, May 7, 2015

Chocolate fudgy brownies

Malam ni lepas maghrib buat brownies....anak yg kecik suka kek choc dan yg seangkatan. Balik kampung aritu siap meragam sebab nak mkn kek coklat. Sampaikan ipar suruh buatkan tapi ummi malas nak masak macam2 kat dapur orang. Resepi brownies ni saya guna resepi yg masyuri hashim share kat cooking with love.....sedap....love it....



Tuang coklat ganache lebih sikit.....dapppp oooo.

Chocolate fudgy brownies

250gm butter
80gm sebuk koko
125gm dark chocolate
320gm gula perang
3biji telur A pukul sedikit
1sdt esen vanilla
200gm tepung gandum
1sdt baking powder
60gm walnut cincang (saya tak letak - anak2 kurang suka)

Cara

Cairkan butter dgn api yg kecil
Masukkan serbuk koko. Dark chocolate...hgga larut
Tutup api
Masukkan gula perang dan telur kacau hingga sebati..terus kacau masukkan tepung dan walnut.
Kemudian pukul hingga adunan licin..jangan lama sgt nanti brownies jadi kering.
Bakar suhu 170°C selama 30 minit....keluarkan dari loyang, biarkan lima minit dan potong masa panas2. Hias sesuka hati.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...