Wednesday, May 6, 2015

Kari kepala ikan

Minggu lepas dapat panggilan dari pasar nelayan sg yu.....katanya ada 3 ekor ikan tenggiri seberat 6kg setiap ekor...dia tanya saya nak tak. Terus setuju untuk ambil keesokan harinya...semua sekali....2 ekor lelong kat kengkawan dan kakak....rugi tak ambil....hasil pancing, segar bebas pengawet.... Sekg RM28.....ok lah...sesekali makan ikan mahal....puashati.

Cuti wesak minggu lepas, balik dari ksmpung baru la dimasak....bahagian kepala dan ekornya selesaikan dulu.....bulky.

Kari kepala ikan

1 kepala ikan tenggiri (ble campur dengan bahagian isi dua tiga ketul)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1/2 btg kulit kayu manis
2 helai daun kari
3 sb rempah kari ikan (saya guna yg basah)
1/2 air asam jawa (pekat)
5 cawan air + susu
2 biji tomato
10 biji bendi
garam secukup rasa
1/2 sk gula


Kisar bawang merah, bawang putih, halia hingga hancur.
Tumis dengan hingga naik bau bersama rempah tumis.
Masukkan rempah kari dan daun kari, tumis hingga naik minyak.
Masukkan air asam jawa. Kacau sebati.
Masukkan ikan dan kacau rata.. Masak selama 3 minit.
Masukkan air, susu, garam dan gula. Kacau dan biarkan mendidih.
Masukkan tomato dan bendi masak lebih kurang 3 minit lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...