Tuesday, May 5, 2015

Peria tumis udang bertaucu

Dulu2 saya tak suka makan sayur peria....pahit. Tapi sejak kawen ni dah berani cuba2 makan....sedap pulak, rugi dulu2 tak nak makan. Selalu peria ni kalau tak goreng garing salut tepung saya tumis ngan udang.


Tetiba rasa nak google...tengok apa lagi cara masak yg sesuai untuk peria. Jumpa resepi dari blog Mat gebu nih....ada kelainan sikit dengan meletak taucu.....terus la dicuba dan hasilnya sedap sekali..... Untuk resepi ni saya gantikan kiub pati ikan bilis maggi dengan garam dan gula secukup rasa sebab kat rumah ni jarang2 sekali guna msg dan bahan perisa segera tu.

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 biji peria kambas saiz sederhana
20 ekor udang saiz XL
1 camca besar tauco
1/3 cawan air
1/2 camca besar sos tiram

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)

1 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :-)

Peria dibelah 2, buang bahagian dalamnya, kemudian hiris nipis, rendam dalam air yang dicampur dengan sedikit garam. Rendam 15 minit, kemudian toskan. Udang dikupas kulit dan tinggalkan sedikit bahagian ekor (jika suka).

Cuci dan toskan. Ketepikan.Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar). Tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan sos tiram dan taucho. Kacau rata dan masak sekejap.

Tambah udang, kacau rata dan masukkan peria kambas, gaul rata2 dan tuang air. Kacau dan masak hingga peria lembut dan kuah pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk pauk pilihan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...