Tuesday, May 19, 2015

Roti inti kacang merah

Meroti lagi sebab stok dah abis. Buat inti kacang yg dibeli minggu lepas. Takde timbang doh pun main bahagi ikut suka...



Roti inti kacang merah

Bahan2nya

500 gm tepung roti/gandum/kombinasi
15 gm yis
5 gm improver/softener
15 gm susu tepung
5 gm garam
110 gm gula 
80 mentega
1 biji /70 gm telur (telur gred AA)
225 gm air sejuk (ais)

Inti kacang merah
Bijan

Satukan semua bahan (pastikan yis tidak diletak berdekatan dengan garam) kecuali mentega dan uli sebati. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin, tidak lekat di tangan dan besen serta elastik.

Sapukan minyak dan perap selama sejam atau doh naik 2 kali ganda. Tumbuk doh dan uli sebentar. Sapu tangan dengan minyak dan bahagikan doh ikut citarasa.

Kalau rasa nak buat sendiri inti kacang merah tu boleh cuba resepi ni yg saya dapat dari sumber blog intai dapur.....

Inti Kacang Merah...

250g kacang merah
3/4 cwn gula
1/4 cwn gula merah
1/4 cwn minyak
1/2 sdbsr tepung jagung
sepotong daun pandan
secubit garam

Rendam kacang merah semalaman.
Rebus dengan air yang cukup hingga empuk.
Sejukkan sebentar dan kisar dengan air rebusan hingga halus.
Tuangkan ke dalam non-stick pan.
Tambahkan gula, gula merah, minyak, garam dan daun pandan.
Gaul rata. Gunakan api sederhana dan mulakan memasak.
Apabila kacang mula mendidih dan memekat, tuangkan campuran tepung jagung.
Teruskan memasak hingga kacang betul-betul kering.
Keluarkan daun pandan. Sejukkan sebentar dan inti sudah boleh digunakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...