Sunday, May 10, 2015

Resepi kambing masak kari maghribi

Semalam request hubby masakan kari maghribi....kononnya nak makan dengan roti naan. Tapi hasrat tak kesampaian. Tengahari tadi baru hubby masakkan. Balik dari attend talk terus terbau lauk ni.....ermmmm....lapar tetiba..

Disebabkan roti naan smlm dah habis...nak buat baru tak sempat jadi makan jer dengan nasi putih.....anak2 siap mkn dalam dulang....berkali2 mintak tambah.....sedap la tu....dan lama dah tak makan...


Resepi kambing masak kari maghribi

2 kilo ayam belanda/kambing/daging/tulang
250 - 300 gm rempah kari
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1/2 kg tomato cincang
5 biji bawang besar
3 labu bawang putih
2 inci halia
200 gm daun pudina
200 gm daun ketumbar
200 gm daun sup
200 ml susu cair
50 ml madu
1/2 ketul gula melaka (yang bulat macam balak tu...hehehe)
Garam secukup rasa.

-------------
Blender bawang, bawang putih, halia hingga halus.
Tumiskan dengan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau.
Masukkan rempah tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daging. Kacau hingga sebati dalam dua tiga minit.
Masukkan tomato. Kecilkan api. Sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
Masukkan garam, madu dan gula melaka. Kacau lagi.
Masukkan daun pudina dan ketumbar.
Masak hingga daging empuk.
Lima minit sebelum tutup api masukkan susu dan didihkan sebentar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...