Tuesday, October 8, 2013

Udang goreng celup tepung dengan sos pencicah thai

Resipi  Ilham Dapur ni saya ejas ikut citarasa saya. Nasib baik sedap n anak2 pun suka makan. 


Udang Goreng Celup Tepung
Bahan-bahan (resipi anggaran)

20 ekor udang saiz sederhana besar - buang kulit dan tinggal ekor
3/4 cawan tepung gandum
1sudu kecil baking powder - saya tambah  1/2 sk baking soda
garam secukup rasa
1 sudu besar minyak masak
sedikit daun sup - dicincang halus - saya guna daun kucai
1 sk serbuk kari daging
sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
air secukupnya - lebih kurang 1/2-1 cawan
minyak untuk mengoreng
1 biji telur - saya tambah
Cara-cara
1. Toskan dulu udang bagi betul-betul kering, kemudian lumurkan udang dengan sedikit tepung. Ketepikan
2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati.
Adunan ni tidak terlalu cair mcm bancuhan lemping atau kuih ketayap ye, pekat lagi sikit, kiranya bila celup udang tu..tepung akan menyaluti udang sepenuhnya.
Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan
3. Panaskan minyak dan boleh la celup udang satu-satu dalam tepung dengan pegang bahagain ekornya, kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap...


Untuk sos pencicah saya guna resepi ini...
Resepinya saya copy mamak aji @ balannambiar.wordpress


RESEPI SOS PENCICAH THAI
BAHAN-BAHAN DIGUNAKAN:

3 ulas bawang putih dikopek kulit.
2 biji cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah).
1/2 cawan gula pasir.
3/4 cawan air.
1/4  cawan cuka.
1/2 sudu  besar (tbsp) garam.
1  sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.

CARA-CARA:
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.
3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan kelikatan sos . Sos perlu sentiasa di kacau  selama  1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.
5. Kalau suka bila nak guna taburkan hirisan daun ketumbar...lebih mengancam rasanya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...