Wednesday, October 2, 2013

Kerutup daging

Resepi kerutup ni saya cnp dari my resepi. Lama dah simpan rempah yang dihadiahkan member opis (orang kelantan). Saya guna daging kambing. Sedap...bawa ke ofis, makan cicah roti....

Kerutup (kat paket rempah tu dia eja kerutut) ni nampak macam berminya sangat, sebab saya guna daging kambing yang bahagian  berlemak.

Bahan-bahan ( 5 orang )

500g daging
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu  besar cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik

[bahan tumis]
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak

Cara-cara

Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk.

Panaskan minyakTumis semua bahan tumis sehingga naik wangiKemudian masukkan campuran rempah tadi

Masak sehingga pecah minyak. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.

Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.Siap untuk dihidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...