Saturday, October 12, 2013

Laksa kari

Resepi kali ni saya rujuk dari dapur madiha tapi saya tambah n kurangkan bahan ikut stok dan selera tekak yang nak memakannya nih...
Pegi pasar pagi tadi nampak laksa halus, terus teringin nak makan tapi malas la pulak nak perisi ikan utk buat kuah laksa. Jadi timbul la idea nak makan kari laksa ni....



KARI LAKSA ALA CINA
Resepi : Chef Sarji, buku Resepi Ala Gerai Masakan Cina
Sumber: Tun Telani  & MaDiHaA

Bahan2:

Bahan A
leher dan kaki ayam 
6 cwn air
minyak masak untuk menumis
2 cwn santan

Bahan B
1/2 labu bawang besar
1  inch halia1 btg serai
2 ulas bawang putih
 2 sb cili boh
1/4 cwn udang kering

Bahan C
3 ekor udang - xde stok (omit)
2 sudu makan isi kerang (omit)
bebola dan kek ikan

Bahan D
1 inch kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
4 biji buah pelaga
3 sb serbuk kari daging 
3 tangkai daun kari

Bahan F
Laksa
telur rebus (ikut keperluan)
2 sb hirisan timun (letak tauge mentah n daun pudina jer)
1 bj tauhu pok  
1 tangkai daun sup (takde stok)
1 sk bawang goreng (lupa)

Cara2: 

Panaskan minyak dan tumis bahan B yg telah dikisar hingga harum dan keringMasukkan Bahan D, ayam, dan kacau.Masukkan santan, tutup periuk dan kecilkan api. 
Masak 10 minit hingga santan pecah.Masukkan air, bahan C dan E. Masak selama setengah jam - tun masukkn tauhu pok sekali.Masukkan bahan F dlm mangkuk dan tuangkan kuah.Tabur bawang goreng dan daun sup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...