Sunday, October 27, 2013

Cucur roti

Pagi ni teringat roti wholemeal yang saya buat aritu ada 1/4 ketul lagi. Bila dah sejuk macam ni tskde siapa nak makan.....masa baru masak aritu 3/4 ketul kena ngap sebelum sempat sejuk. Roti homemade ni tak berapa nak tahan lama sebab tak letak serbuk penaik. Jadinya sebelum dibazirkan saya buat cucur untuk sarapan pagi.

Sedap....garing diluar lembut di dalam. Sarapan pagi ni juga ada murtabak singapore yang hubby kirim dari member yang ke singapore semalam. Katanya murtabak ni yang tersedap kat sana dan nak beli pun kena Q panjang berjela.

Bahan:

10 keping roti (saya guna roti wholemeal)
20 ekor udang (buang kulit dan potong kecil)
1 biji bawang besar holland di dadu
1 sudu besar cili kering kisar
1 biji lada merah dicincang halus (optional)
1 biji lada hijau di cincang halus (optional)
Daun sup dan daun bawang atau kucai dihiris (optional)
4 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam

Cara:

- roti direndam biar kembang sedikit, bila dah kembang, toskan airnya dan ramas-ramas biar roti hancur.
- masukkan bawang, lada hijau, lada merah, udang, cili kisar, tepung dan sedikit garam ke dalam bekas yang berisi roti tadi, gaul hingga sebati.
- panaskan minyak dan goreng adunan tadi seperti goreng cucur yang biasa kita buat. Goreng hingga keemasan dan angkat. Sedia di hidang bersama sos cili thai dan sos cili biasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...